Monday, July 7, 2008

Tapawe?

Apa yang kita fikirkan bila sebut ajer 'tapawe'? Automatik fikiran terarah kepada bekas plastik yang digunakan tak kira sama ada untuk mengisi makanan ataupun air..bila dah makin dewasa sikit baru tau rupa-rupanya 'tapawe' tu adalah jenama macam maggi dengan milo jugak..walau dah tau sebab dah terbiasa jadi semua bekas plastik akan tetap di panggil 'tapawe' jugak..

Bila dah berumahtangga pulak 'tapawe' dah jadi benda penting di dapur. Tak kira lah sama ada ianya memang berjenama tupperware atau tidak ia merupakan sesuatu yang akan di cari oleh semua isteri-isteri..Pilihan nak membeli 'tapawe' ni bergantung kepada kegunaan dan kemampuan..ada yang beli di kedai 2 ringgit ada juga yang beli di katalog dan pasaraya terkemuka..to some people tak kisah lah mahal ke murah berjenama atau tak janji dapat menutup makanan yang diisi..

Mungkin masih ramai di kalangan kita yang tidak sedar bekas plastik memain peranan dalam memastikan kesegaran sesuatu makanan..Bekas plastik dicipta berbeza mengikut suhu/keadaan tertentu..Umum mengetahui bekas plastik memang kurang sesuai untuk mengisi makanan atau minuman yang baru dimasak..Tetapi ramai juga yang tidak tahu bahawa ada bekas plastik yang tidak sesuai untuk menyimpan makanan dalam peti sejuk..Walaupun ia tidak mencair dan kekal seperti bekas plastik tetapi ia tidak berfungsi untuk mengekalkan kesegaran makanan yang tersimpan di dalamnya..

Biasa tak guna bekas aiskrim untuk simpan ikan atau ayam dalam freezer? Apa jadi dengan makanan tu? Keras kan? Sebab memang bekas aiskrim meant for ais krim supaya kekal beku..Jadi kita kena defrost dulu ikan-ikan tu pastu kalau berbaki kita simpan balik dalam freezer..Tahukah anda makanan yang telah defrost tidak baik untuk disejukbekukan semula kerana ia mungkin telah dijangkiti oleh kuman?